Penulis teruja apabila dapat melihat kesenian halus hasil tangan Azlita Masam Manis dalam dekorasi kek hadiah harijadi buat ayahanda tersayang… Model keris ini melambangkan kegagahan ayah dalam mempertahankan maruah dan kesejahteraan keluarga serta adat Melayu dan kekuatan jati diri yang masih ada pada dirinya.

Hebat! Pasti ayah suka!

 

kek keris untuk ayah

Warna kek coklat gelap berlapis diselangi krim putih dan kelabu ini seakan kek batik yang sangat enak.  Ia menampakkan kepaduan batu bata yang tersusun dan kukuh. Bahagian atas kek pula telah dihias dengan kain lapik kuning keemasan dan berbunga putih serta sebilah keris yang terbuka bersebelahan dengan sarungnya.

Mantap!

Selamat Hari Jadi Ayah

Kek ini juga mengandungi teks, “Happy Birthday AYAH” di dalam bulatan pingat yang tergantung di atas kek. Seakan-akan seorang pahlawan yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran hidup dan akhirnya, dianugerahkan sebuah pingat tanda dikenang jasa.

Sungguh kreatif!

ayah

Kritikan Hebat Suami, Sarung Pendek!

Menurut kak Ita, kek ini telah melalui fasa penambahbaikan selepas mendapat kritikan hebat dari suaminya kerana saiz sarung keris tersebut lebih pendek dan nampak tidak muat. Maka, kak Ita pun telah menggagahkan diri membuat sarung keris itu semula.

“Semalam ita dah buat keris, tapi malangnya sarungnya pendeklah pulak.. huiii… bising pulak cik abang kita bila melihat sarung keris yang tak sama panjangnya.. pot.. pet.. pot.. pet.. dia berleter.. adoii.. payah jugak bila dapat pasangan yang cerewet ni kan..”, katanya.

Sabar Dan Tekun Baiki Sarung Keris

Dekorasi keris ini tampak tidak semudah yang disangka.

“Akhirnya dengan bebekalkan semangat keris, ita buatlah semula sarung keris ni supaya sama panjangnya.. adoii..”, sambungnya lagi.

Pengajaran daripada seni dekorasi kek keris ini, kak Ita menekankan nilai ketelitian, ketekunan dan kesabaran dalam menghias kek keris yang agak kompleks ini. Itulah hikmah daripada terpaksa membuat semula sarung keris tersebut.

“Haha.. tapi ada baiknya.. sekurangnya ia sentiasa mengigatkan ita supaya bila buat kerja biar teliti jangan nak cepat aje.. dan hasilnya tak sempurna dan menyakitkan mata memandang”, katanya lagi.

Sumber rujukan: Azlita Masam Manis