FLOOR 88 TONJOLKAN KERIS DALAM HUTANG

Menerusi single terbaru yang dikeluarkan pada Band Floor 88 berjudul Hutang telah mendapat nama dihati peminat.

Single yang ketujuh ini mendapat sentuhan magik daripada ahli kumpulan ini sendiri, iaitu Zai Hamzah sebagai komposer muzik manakala susunan lirik daripada Achoi Floor 88.

Lagu ini telah “direleasekan” secara rasmi di laman YouTube pada tanggal 29 Julai 2019 kini telah mencapai 40 juta penonton semenjak dari hari itu.

 

Muzik video yang berdurasi 5 minit 45 saat ini telah sarat membawa pelbagai mesej yang tersurat dan tersirat serta nilai murni lain daripada lagu-lagu yang telah diciptakan sebelum ini.

Lagu ini telah membawa mesej yang besar kepada penghutang-penghutang di luar sana untuk membayar hutang dan tidak bersifat bangga diri dengan menipu orang lain untuk kesenangan diri sendiri.

Pengarah muzik video ini, Eric Fuzi yang sebelum ini seorang pelakon telah membawakan idea-idea kreatif dalam memasukkan elemen-elemen tradisional seperti penggunaan keris walaupun memakai pakaian bersut penuh.

Selain itu, tarian kuda kepang juga menjadi penghias latar belakang Ropie semasa mereka “berhadapan” antara satu sama lain.

Lokasi pengambaran muzik video ini telah dirakam di Gudang 7 Setor dan Panggung Asia di Gombak.

Band “baru nak up ni” telah dianggotai enam orang anak muda yang berbakat besar dalam bidang seni muzik tanahair.

Mereka ialah Eric Fuzi (keyboard), Ayie Elham (vokalis), Achoi (gitar utama), Akram (dram), Amir (gitar kedua) dan Falique (bass gitar).

Mereka menjalani kegiatan muzik mereka secara rasmi semenjak 2016 dibawah naungan New Southern Records dan bertukar ke Rusa Music pada tahun 2017. Namun band ini telah ditubuhkan semenjak 2009 lagi.

Pernah popular dengar lagu Zalikha dan Aqilah sebelum Hutang menempa nama di carta muzik seluruh Malaysia. Syabas Floor 88!

 

BARANG PURBAKALA

Masyarakat Melayu telah menggunakan keris sejak lebih daripada 600 tahun yang lalu.

Keris merupakan senjata pendek yang telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman keagungan permerintahan Kesultanan Melayu.

Hampir kesemua posting menekankan bahawa keris merupakan senjata utama yang telah digunakan oleh pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar.

Namun, penggunaan keris pada zaman moden ini telah mengalami perkembangan fungsi, pemakaiannya bukan lagi tertumpu sebagai alat senjata, malah mendapat tempat bidang dekorasi hiasan dalaman dan landskap serta kerap digunakan dalam bidang seni industri tanah air.

 

KERIS DAN INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR

Penggunaan keris tidak lagi hanya untuk tujuan pertahanan diri, malahan menjadi aksesori tambahan diri, dekorasi dan juga dalam industri seni tanah air.

Industri hiburan merupakan platform yang sangat berkesan untuk digunakan dalam menerapkan usaha dan memupuk semangat dalam memelihara warisan bangsa sekali gus mengajar generasi muda tentang budaya adat warisan masyarakat Melayu.

Tidak kesahlah sama ada dalam industri muzik atau industri perfileman.

Sebenarnya banyak industri perfileman telah menggunakan keris dalam sesebuah karya. Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa, Hang Tuah, Mat Kilau dan banyak lagi.

Diharapkan industri hiburan tanahair dapat menghasilkan karya-karya yang mempunyai unsur-unsur budaya untuk diperkenalkan pada generasi sendiri mahupun masyarakat luar negara.

Rujukan

YouTube – Rusa Music