ADAKAH WARISAN HANYA WARISAN?

SEJAK 2008

Arus kemodenan hari ini sedikit sebanyak telah memisahkan rakyat nusantara daripada mengenali legasi warisan persenjataan dan seni budaya ini. Apa yang terbayang apabila diperkatakan tentang warisan nusantara mungkin tidak mencerminkan sebarang kemodenan malah ada yang menganggap ia sebagai perkara lapuk dan tidak menjadi keperluan bagi generasi hari ini mendalaminya.

Namun, benarkah pendangan seperti itu? Apabila kita mengambil sudut pandang yang berbeza mengenai terma Warisan Nusantara ini, iaitu kita mengambil prinsip dan semangat yang terkandung di dalamnya, pasti kita akan lebih percaya bahawa semua perkara berkaitan legasi, seni dan budaya warisan nusantara ini adalah perkara yang masih kompeten dan berdaya maju.

KEUTAMAAN KAMI

Pengekalan senjata, budaya dan tradisi warisan nusantara ini adalah suatu usaha yang tidak mudah. Namun, bukan mudah untuk melupakan seni warisan yang istimewa yang merupakan legasi kegemilangan bangsa nusantara, malah untuk menghapuskannya adalah perkara yang amat mustahil. Manakan tidak, disebalik teknologi berkembang pesat sebenanrya lebih memudahkan usaha-usaha pengekalan warisan ini agar ia sampai ke setiap sudut masyarakat di nusantara, iaitu di Malaysia terutamanya. Objektif warisan nusantara adalah :

  • Mendidik masyarakat awam tentang seni dan budaya warisan nusantara
  • Menyediakan platform perbincangan ilmiah seperti seminar, ceramah, dan forum
  • Mengadakan pameran terbuka kepada awam dan pameran rasmi bagi acara tertentu untuk masyarakat mendekati senia pernsenjataan warisan nusantara