ZAMAN DAHULU VS ZAMAN SEKARANG?

Peperangan yang berlaku pada zaman sekarang tersangatlah jauh beza dengan zaman dahulu terutamanya dari segi teknologi pembuatan alat perang dan bilangan mangsa yang terkorban dalam waktu perang.

Zaman sekarang menggunakan alatan perang yang canggih dan kurang menggunakan tenaga manusia untuk berperang.

Mereka menggunakan bom nuklear untuk menghapuskan musuh mereka dan bilangan yang mati disebabkan oleh teknologi ini juga ramai berbanding dengan zaman dahulu.

Zaman dahulu telah menggunakan cara fizikal untuk menyerang musuh tak lain tak bukan dengan mengangkat pedang.

Jadi, peperangan atau pencerobohan di sesebuah negara seperti ini telah menjadi tanggungjawab para pahlawan untuk memastikan kedamaian dan kemenangan dicapai tanpa mengorbankan ramai orang.

 

5 GOLONGAN PAHLAWAN PEDANG TERHEBAT DUNIA

Mari kenali 5 golongan pahlawan yang hebat yang pernah dicatat dalam sejarah dunia.

#1 GHAZI

Ghazi atau pahlawan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada orang yang mengambil bahagian dalam perang agama. Pahlawan Islam merupakan pahlawan yang terkuat sehingga mampu untuk menakluki sebahagian besar dunia.

Tidak disangkal lagi pahlawan Islam yang paling hebat ialah Nabi Muhamad SAW. Selain daripada baginda, Khalid al-Walid, Salahuddin al-Ayubi, Salman al-Farisi, Muhammad Al-Fateh dan beberapa figura Islam yang lain merupakan antara pahlawan Islam yang hebat.

Bukti kekuatan tentera Islam dalam dilihat semasa perang Badar yang dimana tentera Islam hanya disertai seramai 313 orang melawan tentera Arab Quraisy seramai 1000 orang yang berlaku pada bulan Ramadhan.

Tidak dinafikan tentera Islam pernah menghadapi kekalahan disebabkan kecuaian diri dan melanggar arahan taktikal daripada ketua kumpulan.

Nabi Muhammad telah menetapkan etika dan peraturan ketika berperang supaya tidak menjejaskan hidupan yang tidak bersalah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW merupakan seorang tokoh pahlawan yang sangat berperibadi tinggi.

 

#2 MONGOL

Mongol merupakan pahlawan yang hebat pada abad ke 13. Ia disebabkan kerana golongan ini telah mencatatkan banyak kemenangan daripada kekalahan semasa melakukan peperangan.

Penggunaan taktik bijak dan sangat berpengalaman menyebabkan Mongol mudah menewaskan pihak lawan.

Pemimpin yang hebat telah menyebabkan kehebatan mereka lebih terserlah. Salah seorang yang bertanggungjawab terhadap kemenangan Mongol ini ialah Genghis Khan.

Genghis Khan telah dianggap sebagai seorang yang hebat dalam mengatur strategi peperangan dalam sejarah. Beliau banyak menggunakan serangan dari belakang dan lencongan yang dapat mengepung dan memerangkap pihak musuh di satu tempat.

Taktik berpura-pura mengundurkan diri dari tempat bertempur merupakan taktik paling berjaya. Taktik ini sangat berbahaya kerana boleh menjadi kenyataan. Namun disebabkan sangat berpengalaman dalam selok belok peperangan, ianya tidak mustahil untuk dilakukan.

#3 VIKING

Pahlawan Viking ini sangat terkenal dengan kelakuan “barbaric” mereka. Golongan Viking akan mengembara ke seluruh dunia untuk merompak dan berdagang.

Oleh disebabkan itu, golongan ini sangat ditakuti di zaman mereka. Mereka mempercayai hanya kematian dapat menghalang mereka, namun tidak perkara lain.

Kepercayaan ini yang menyebabkan mereka tidak gentar dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus bertarung.

Antara pahlawan Viking yang disegani ialah Berserkers. Berserkers dipercayai mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menyembuhkan luka ketika berlawan dan boleh membuat pihak lawan terburu-buru dan hilang rentak dalam menyusun strategi peperangan.

Berserkers didakwa telah mengambil dadah sebelum berperang lalu menjadikan beliau menjadi berani.

 

#4 SAMURAI

Seperti posting sebelum ini, samurai merupakan golongan pahlawan yang sangat hebat dan handal di zaman pertengahan Jepun.

Samurai mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam menggunakan Katana iaitu pedang ikonik mereka.

Samurai selalu dikaitkan dengan mempunyai ciri-ciri yang bagus seperti setia kepada tuannya.

Namun tidak semua kes begitu kerana ada sahaja yang bersikap pengecut dan tidak setia. Jika tuannya berpaling tadah, maka samurai akan turut ikut berpaling tadah.

Golongan samurai ini menerima latihan taktik ketenteraan dan strategi utama. Hattori Hanzo merupakan seorang samurai yang terkenal kerana berjaya menyelamatkan nyawa anak perempuan Shogun Tokuguwa yang diculik semasa pertarungan pertamanya.

 

#5 SPARTAN

Tentera Spartan merupakan antara pahlawan yang paling brutal dan ditakuti di dunia.

Ramai yang mempercayai bahawa masyarakat Spartan ini hanyalah mitos semata-mata, namun telah menjadi tradisi dalam masyarakat Sparta untuk dididik dan dilatih untuk menjadi seorang pahlawan yang kejam.

Kanak-kanak lelaki yang sudah cukup umur 7 tahun dan tidak mempunyai kecacatan serta ketidakupayan, wajib untuk meninggalkan keluarga dan menjalani latihan ketenteraan yang sangat dahsyat.

Mereka akan diajar untuk bertarung dan memburu. Jika prestasi seorang spartan tidak memuaskan, mereka akan dibuli dan dihukum untuk melakukan kerja yang lebih keras dan susah.

Cerita masyarakat Sparta pernah difilemkan dalam filem 300 yang dibintangi oleh Gerald Butler.

Peperangan paling terkenal yang melibatkan tentera Sparta ini ialah pertempuran Thermopylae. Peperangan ini telah menyaksikan kekuatan tentera Sparta yang diketuai oleh Raja Leonidas hanyalah 5200 orang namun dapat mengalahkan tentera Xerxes, Raja Persia yang mempunyai 2.5 juta tentera.

Kisah ini telah dicatatkan oleh Herodotus yang merupakan seorang ahli sejarah. Walaupun mempunyai jumlah yang kecil berbanding pihak musuh, ianya mampu mengalahkan jumlah musuh yang sangat banyak.

Persamaan antara golongan ini mereka telah menggunakan pedang sebagai alatan utama untuk berperang!