Di Malaysia, sudah menjadi adat bagi orang Melayu memakai keris semasa majlis kenduri kahwin mereka. Tetapi, tahukah anda bahawa keris kahwin ini sepatutnya melambangkan keturunan si pemakainya?

Ingin mengetahui keris-keris yang melambangkan etnik dan suku kaum?

7 Jenis Asal Keris

Terdapat pelbagai jenis keris di alam Melayu ini, berdasarkan suatu penelitian berkenaan dengan keris yang ada dapat dibahagikan kepada beberapa jenis keris. Ini dilihat berdasarkan ‘Hulu’ atau ‘Sarung’ maupun ‘Mata’ keris dan juga kepada bentuk secara kesuluruhan. Menurut G.C. Woolley, secara umum keris dapat dibahagikan kepada 7 jenis, iaitu;
  1. Keris Semenanjung atau jenis Utara
  2. Keris Pekakak
  3. Keris Jawa
  4. Keris Sumatera
  5. Keris Bali dan Madura
  6. Keris Bugis
  7. Keris jenis Sundang dan jenis Sulok
Mari kita telusuri perbezaan rupa bentuk keris-keris ini secara lebih mendalam lagi…

#1 Keris Semenanjung

Keris Melayu Semenanjung iaitu keris yang digunakan secara meluas di daerah Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan berhampirannya termasuklah Singapura, Kepulauan Riau-Lingga di selatan dan Pattani di utara. Ciri-ciri khusus keris Melayu Semenanjung ini mula berubah dan berbeza apabila Kelantan Pattani (orang barat) menjadi pusat perkembangan intelektual terutamanya intelektual Islam sehingga abad ke 17 yang kemudiannya diambil-alih oleh Kelantan sehingga abad ke 19 terutamanya sistem pendidikan sekolah pondok (pasentren).
Bentuk ‘hulu’ keris Semenanjung ini dinamakan keris Hulu Jawa Demam. Hulu Jawa Demam yang tua mempunyai bentuk seperti tubuh manusia, tetapi kemudiannya diubah, malah ada sebahagiannya yang diukir dengan rekaan bunga. Sarung Keris Semenanjung ini mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi empat. Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus dan mempunyai ‘kasut’ atau ‘buntut’ jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut perak, maka kasutnya akan berbentuk ‘bulat tempurung’.

#2 Keris Pekakak

Keris ini dinamakan Pekaka karena hulunya terbuat dari tanduk atau kayu yang kemudian dibentuk seperti burung Pekaka. Salah satu ciri khas dari jenis ini adalah mata keris yang lebih panjang dari mata keris pada umumnya.
Keris Pekaka boleh memiliki 31 luk di mata kerisnya. Keris ini mula terhasil dikatakan apabila Pandai Saras (juga disebut Pandai Sarah) empu keris Pattani (lihat Hikayat Pattani 1970) yang dari keturunan Jawa (Majapahit) menghasilkan keris bersifat Melayu Pattani yang tidak lagi menggunakan hulu makara (gajah berbadan kuda laut/haiwan laut) dengan hulu pekakak (burung raja udang/kingfisher), juga disebut ‘coteng’ dan ‘tajung’. Keris yang digunakan sebagai regalia kebesaran kesultanan Melayu Pattani.
Tetapi kalau diperhatikan secara teliti, kepala dan hidung hidung pekakak itu jestru lebih mirip dengan tokoh laksamana di dalam wayang kulit jawa. Ada pendapat juga menerangkan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara hulu keris pekakak dan hulu jenis tajung.

#3 Keris Jenis Jawa

Jenis ini terlihat dari ciri khas pada hulunya yang berbentuk melengkung seperti pistol. Biasanya, keris model ini digunakan sebagai keris pusaka di zaman kerajaan-kerajaan di Jawa dahulu. Keris-keris pusaka Jawa yang terkenal adalah keris di zaman Kerajaan Singasari buatan Mpu Gandring.
Keris Jawa mudah dikenalpasti berdasarkan rupabentuk bahagian hulu dan sarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula, ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di bahagian pangkalnya.

#4 Keris Jenis Sumatera

Keris jenis ini ditentukan pada mata, hulu dan sarungnya. Ianya dinamakan Keris Bahari dan mempunyai mata yang panjang tirus, lurus atau pun berlok, sehingga ia juga disebut Keris panjang. Lazimnya mempunyai keratan lintang mata yang bujur panjang, adakalanya terdapat tulang-tulang belakang pada kedua belah matanya. Keris jenis ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, bergantung kepada ukuran matanya.
Antaranya :
• Keris Panjang : bermata panjang
• Keris Alang : bermata sederhana panjang
• Keris Anak Alang :bermata lebih pendek dari keris Alang
• Keris Pendek : bermata pendek dan ada kalanya di gelar keris Pandak
Hulu keris ini berbentuk bengkok pada bahagian ujungnya serta mempunyai ukiran bunga-bungaan, biasanya diperbuat dari kayu ataupun tanduk. Terkadang juga mempunyai bentuk hulu keris seperti Keris Jawa Demam. Sampirnya pula berbentuk jalur bulat dengan kedua ujungnya tinggi serta tajam.
Batang keris ini pula panjang serta tirus dan biasanya dipasang dengan beberapa simpai dari rotan ataupun logam, ianya mempunyai buntut bentuk bujur sireh dan sekiranya bahagian batang bersalut logam bentuk buntut bertukar menjadi bujur sankar.

#5 Keris Jenis Bali dan Madura

Di kawasan Bali dan Madura, hulu kerisnya mempunyai bentuk-bentuk yang menggambarkan dewa-dewi, kerana dipengaruhi kepada agama Hindu dahuhulunya. Biasanya hulunya agak besar serta panjang diperbuat dari kayu atau gading, di Bali keris-keris tersebut kerap kali dihiasi dengan permata warna-warni.
Hulu Keris Madura biasanya dibuat dari gading dan mempunyai bentuk ataupun gambar-gambar bunga. Biasanya keris bentuk seperti ini cincin yang terbuat dari logam yang tebal serta dihiasi dengan permata. Sarungnya pula yang dibuat dengan cantuman dari bahagian sampir dan batang yang berasingan. Ada pula yang sampir dan bantangnya yang diperbuat dari bahan berlainan. Biasanya kayu yang dipilih untuk memperbuat sarung keris, dipilih kayu yang berwarna cerah yang mempunyai belak-belak hitam.

#6 Keris Bugis

Keris Bugis biasanya mempunyai hulu diukir seperti bentuk Jawa Demam, kemudiannya bahagian yang paling mudah dikenali adalah dengan keadaan buntutnya yang berbentuk mata kapak. Keris Bugis yang mempunyai hulu dan sarung yang diperbuat dari gading dan pada batangnya dilengkapi dengan simpai logam yang berbunga dan di tengah-tengah batangnya dihiasi perhiasan logam bentuk berbunga.

#7 Keris Sundang Sulu

Orang Sulu biasanya terkenal dengan pelayar di laut dipersekitaran gugusan tanah Melayu, mereka juga memerlukan senjata untuk memotong dan mengimbas selain dari untuk menikam, maka terciptalah sebilah keris yang bernama Keris Sundang atau Keris Sulok.
Jenis keris ini dapat dekenali dari bentuk mata, hulu dan sarungnya. Matanya panjang baik lurus maupun berlok, tebal dan lebar, oleh sebab itu jenis keris ini terasa lebih berat jika dibandingkan dengan keris lainnya.
Lazimnya keris seperti ini mempunyai tuntong yang berbentuk bulat serta tumpul. Kalu diperhatikan dari mata sundang, ianya juga memiliki bahagian-bahagian yang biasa terdapat pada sebilah mata keris, seperti ganja, lambai gajah dan belalai gajah. Teapi keistimewaan sundang dapat dilihat dari matanya yang memiliki sepasang sigi yang terbuat dari logam di pangkal matanya, kegunaannya untuk menghindar supaya matanya tidak berputar dari hulunya. Keris Sundang yang bermata lurus dinamakan Kieris Raja Laut.
Selain bermata lurus, Keris Sundang juga memiliki mata berlok dan mempunyai nama masing-masing, iaitu;
• Keris Sulok Belingkong, mempunyai 3 lok
• Keris Apit Liang mempunyai 5 lok
• Keris Jenoya mempunyai 7 lok
• Keris Rantai yang mempunyai lok 7 sehingga 20 lok
• Keris Andus yang mempunyai lebih dari 20 lok
Hulu keris sundang diperbuat dari gading atau pun kayu, sangat berlainan dari bentuk hulu-hulu keris lainnya, iaitu berbentuk bulat panjang untuk genggaman, di ujungnya pula terbuka cara melintang dan melekok arah ke dalam.
Bahagian berbuku melintang seperti sagaja dibuat supaya gengamman tidak terlucut. Ada juga terdapat yang hulunya mempunyai bentuk rupa mujarad atau pun seperti kepala burung kakaktua. Biasanya pada seluruh badan bersalut logam atau pun dihiasi dengan susunan simpal dari tali atau dawai logam.
Oleh kerana bentuk Keris Sundang panjang serta lebar, maka bentuk sarungnya yang diperbuat dari kayu terlebih besar daripada jenis keris-keris lainnya.
Sumber: http://melayudankeris.blogspot.com/

Bentuk Keris Lain Yang Popular di Semenanjung Malaysia

Di samping keris-keris di atas terdapat beberapa bentuk keris yang cukup popular di Semenanjung seperti:
• Keris Melela
• Keris Beko
• Keris Penyalang/Panjang/Dabus/Terapang
• Keris Sepukal
• Keris Unduk-unduk Terengganu
• Keris Bugis Pattani
• dll

Filem Pendek Lucu #2: Keris Kawin

Suasana di hari majlis perkahwinan

Sudah menjadi tradisi majlis resepsi perkahwinan diziarahi sanak saudara dan rakan-rakan dari pelbagai jenis keturunan. Pada hari bersejarah inilah pengantin lelaki kebiasaannya akan menyelitkan keris di sampin sebagai aksesori. Tetapi, tiada siapa yang mengingatkan kita, seharusnya kita memilih keris yang betul untuk majlis kawin.

Sesetengah butik pengantin menyediakan keris replika pendek yang diperbuat daripada plastik atau aluminium supaya ringan. Tetapi masih banyak lagi butik-butik yang menggunakan keris asli kerana ia kelihatan agak berat, berkilat dan menawan untuk dijadikan hiasan pada hari perkahwinan.

Pun begitu, Filem Pendek Lucu #2 kali ini menayangkan kisah seorang pengantin lelaki yang tidak berapa tahu tentang keris sebelum memakainya untuk pada hari persandingan. Lantas rakannya menegur dengan mengingatkan bahawa keris adalah merupakan lambang keturunan kita. Kita seharusnya memakai keris yang tepat mengikut keturunan kita.

Mungkin pada hari bersejarah inilah hanya merupakan peluang untuk anda memakai keris di khalayak ramai. Maka, pakailah keris yang melambangkan keturunan kita! Selamat menonton!

FILEM PENDEK LUCU SIRI #2: KERIS KAWINSudah menjadi tradisi majlis resepsi perkahwinan diziarahi sanak saudara dan rakan-rakan dari pelbagai jenis keturunan. Pada hari bersejarah inilah pengantin lelaki kebiasaannya akan menyelitkan keris di sampin sebagai aksesori.Sesetengah butik pengantin menyediakan keris replika pendek yang diperbuat daripada plastik atau aluminium supaya ringan. Tetapi masih banyak butik yang menggunakan keris asli yang berat dan menawan untuk dijadikan hiasan pada hari perkahwinan.Pun begitu, Filem Pendek Lucu kali ini menayangkan kisah seorang pengantin lelaki yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang keris sebelum memakainya untuk bersanding. Keris adalah lambang keturunan kita. Mungkin hanya inilah peluang untuk anda memakai keris di khalayak ramai. Maka, pakailah keris yang melambangkan keturunan anda!Minat nak pertingkat ilmu senjata Warisan Nusantara? Komen “NAK”. Komen “NAK”. Komen “NAK”. Kita akan beri info seminar dan free tiket masuk Galeri. Beli senjata warisan di http://shop.warisannusantara.com

Posted by Warisan Nusantara on Wednesday, 23 October 2019