Nurazah Fathirah binti Kamarulzaman, Ketua Pengarah Pengurusan Visi Mantap Sdn Bhd telah mengambil inisiatif memartabatkan warisan bangsa Melayu menerusi penerbitan sketsa pendeknya berjudul “IDENTITI”.

Nurazah, 26 tahun dengan kerjasama Korporat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak telah menerbitkan sebuah sketsa lucu berdurasi satu minit 40 saat sahaja. 

Sketsa ini pertama kali ditayangkan di pameran Kandang Kuda MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) sempena Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia atau singkatannya MAHA 2018 yang telah berlangsung 11 hari.

Image result for maha 2018

MAHA 2018 adalah sebuah ekspo terbesar yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad. Program yang berlangsung selama 11 hari bermula dari 22 November sehingga 2 Disember 2018 tersebut, telah mensasarkan seramai 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Tayangan sketsa ini adalah percuma dan boleh ditonton di media sosial Facebook Warisan Nusantara. 

Intipati Sketsa Identiti

Sketsa ini mengisahkan seorang pelawat lelaki bernama Firdaus yang ingin menziarahi rakannya yang sedang menuntut pelajaran di UIAM. Beliau telah ditahan oleh seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta kad identiti sebagai proses pengesahan.

Akibat tidak membawa beg dompet, Firdaus telah menyerahkan keris sebagai galang ganti kepada kad pengenalannya. 

Sketsa pendek ini telah dirakam di lokasi Pintu Tiga UIAM, Gombak, dibintangi oleh Firdaus Murat sebagai watak utama dan telah dibantu oleh seorang pengawal keselamatan wanita.

Walaupun ianya berdurasi pendek, tapi penuh dengan makna yang ingin disampaikan. Sketsa ini sesuai untuk ditonton oleh masyarakat umum, tidak kira peringkat umur dan apa jua bangsa atau agama.

Filem Identiti Warisan Nusantara

Tayangan filem Identiti

 

Nilai Tersurat

Sketsa ini berjaya membawakan mesej tentang kesedaran kepada pewaris negara untuk memelihara dan memartabatkan warisan budaya bangsa kita. Keris yang dahulunya menjadi lambang identiti diri telah luput dimamah dek zaman.

Keris jawa Warisan Nusantara

Tanpa mengira status sosial seseorang, setiap individu perlu menerapkan sikap ambil peduli dan sayangi budaya peninggalan nenek moyang kita. Tanpa budaya warisan ini, sesebuah bangsa boleh dianggap pupus atau mati kerana tidak mempunyai budaya yang menjadi cerminan identiti bangsa tersebut.

Nasib warisan satu-satu bangsa akan ditentukan oleh bangsa itu sendiri dengan kemahuan dan kesedaran diri sendiri tanpa bantuan bangsa lain. 

 

Keris: Identiti Melayu

Keris sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Keris yang menjadi alat persenjataan yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional, telah memegang banyak peranan dari segi konteks sosial, ekonomi mahupun politik.

Keris yang dianggap lambang kebesaran bangsa Melayu mempunyai pengkhususan dalam susila penggunaan, pembuatan dan pemakaian mengikut etnik atau bangsa sesebuah masyarakat Melayu. 

Tombak Warisan Nusantara

Namun, akhir-akhir ini, dilema Melayu berulang kembali apabila industri pembuatan persenjataan tradisional yang menjadi kebanggaan warisan turun-temurun sedang mengalami kepupusan. Pelbagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan telah diambil untuk memartabatkan semula warisan bangsa ini.

TONTON VIDEO DAN LIKE PAGE KAMI