Image result for keris potong kek

Baru-baru ini, Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 telah dirasmikan dengan aksi memotong kek hijau sebesar lebih 4 meter persegi oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Media sosial tersenyum sementara apabila diceriakan dengan gambar lelucon kek besar tersebut yang telah dipotongnya menggunakan keris panjang!

Kelakar tapi unik, itulah keberanian PAS dalam mengetengahkan tema kepahlawanan Ulama’ Melayu dalam arus politik perdana. PAS yang kini semakin ‘rapat’ dengan UMNO mula menunjukkan identiti Melayu mereka dengan mengenakan baju Melayu lengkap bersampin dan aksi menjunjung keris gergasi ibarat pahlawan.

Keris Gergasi Memang Wujudkah?

Keris panjang atau gergasi sememangnya wujud sebagai replika dan hiasan. Jika digunakan untuk pertempuran, adalah wujud sesetengah keris yang panjang. Ini adalah kerana lokasi penghasilan atau kegunaan untuk pertempurannya itu berada di kawasan lapang dan agak luas seperti di tepi pantai.

Namun, ini merupakan kali pertama penulis mendengar keris digunakan untuk memotong kek! Ia mungkin adalah satu revolusi dalam idea pemeliharaan Warisan Nusantara. Kek yang gergasi harus dipotong menggunakan keris gergasi?

Meskipun fungsi keris itu telah berubah, namun penulis memuji PAS dalam keberanian mereka mengetengahkan konsep elemen Melayu dan penggunaan senjata tradisional iaitu sebilah keris gergasi buat ingatan kita semua meskipun telah dilawak jenakakan.

Sekurang-kurangnya, generasi anak muda tahu senjata tradisi Melayu adalah keris.