Mungkin nama pedang Cura Si Manjakini nampak comel, namun apabila disingkap kisah disebalik nama ini, ianya melambangkan ciri-ciri kegagahan yang selaras dengan nama yang diberikan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pedang Cura Si Manjakani ini telah wujud sejak zaman Kerajaan Singapura Lama dan penting untuk upacara istiadat pertabalan raja di Negeri Perak.

 

CURA SI MANJAKINI

Sejarah Melayu pernah mencatatkan tentang cerita sebilah pedang yang bernama Cura Si Manjakini.

Pedang ini adalah milik kepunyaan Maharaja Sang Purba yang dipercayai sebagai nenek moyang lagenda Raja-Raja Melayu.

Pedang ini telah menjadi simbol kedaulatan dan kekuasaan dalam budaya Melayu selama ratusan tahun.

Cura Si Manjakani ini berasal daripada bahasa Sanskrit, churiga si Mandakini yang bermaksud bilah dari Mandakini.

Ada juga teori lain yang mengatakan bahawa pedang ini dikaitkan dengan “Curik Man Dakini”. Kesemua perkataan ini merupakan daripada perkataan Tamil Sanskrit.

Curik ialah membelah, manakala man bermaksud mantera, sementara dakini membawa maksud mambang kecil yang dikatakan memakan daging dan darah manusia.

 

KETURUNAN ISKANDAR ZULKARNAIN

Seperti yang diperkatakan tadi, tradisi dalam Sejarah Melayu diasaskan oleh dinasti pemerintahan utama di Alam Melayu ini.

Dinasti ini diketuai oleh putera yang bernama Sang Sapurba daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang agung hasil perkahwinannya dengan seorang wanita berbangsa India.

Sang Sapurba atau juga dikenali sebagai Sri Nila Pahlawan telah muncul bersama saudaranya yang lebih muda darinya, Sri Krishna Pandita dan Sri Nila Utama di atas Bukit Seguntang di Sumatera.

Setelah berkahwin dengan Wan Sendari, seorang puteri kepada pemerintah tempatan yang bernama Demang Lebar Daun.

Sementelah itu, terus ditabalkan menjadi Raja setelah mendapat persetujuan orang Melayu untuk bertuankan Sang Sapurba.

Tidak lama kemudian, Sang Sapurba telah berkelana dari pedalaman Sumatera sehingga ke Tanah Tinggi Minangkabau bersama-sama pengikutnya.

Disini, Permasku Mambang, salah seorang pengikutnya telah dititahkan untuk membunuh seekor ular raksasa bernama Saktimuna.

 

Saktimuna ini telah meragut nyawa-nyawa yang tidak bersalah.

Permasku Mambang berkaya membunuhnya dan dibelah kepada tiga bahagian.

Daripada peristiwa ini, lantas Sang Sapurba dilantik menjadi Raja yang mengasaskan susur galur pemerintahan Minangkabau.

 

PEDANG RATUSAN TAHUN

Sang Nila Utama telah menjadi pewaris kepada pedang Cura Si Manjakini ini. Sang Nila Utama merupakan pengasas Kerajaan Singapura Lama.

Kemudian, pedang ini diwariskan kepada Parameswara, pemerintah pertama Kesultanan Melaka pada tahun 1405.

Semasa pengunduran Sultan Mahmud Shah dari Kota Melaka ke Kampar, pedang Cura Si Manjakini ini telah dibawa bersama.

Seterusnya pedang ini diwariskan kepada Sultan Muzaffar Syah I dari ayahandanya dan dibawa ke Perak lalu menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528.

Semenjak itu, pedang Cura Si Manjakini ini menjadi alat regalia kedaulatan Kesultanan Melayu Perak.

Semasa upacara pertabalan berlansung, paduka Seri Sultan telah menghunus dan mengucup hulu pedang tersebut.

Kemudian pedang itu dibawa ke bahu kanan seperti Sang Sapurba ketika dia membuat perjanjian bersama dengan Demang Daun Lebar.

 

RUJUKAN

  1. Rahsia Pedang Cura Si Manjakini
  2. The Malay Keris and Other Weapons