Pengumpul keris dari Hong Kong ini telah berkongsi hobinya yang turut mengumpulkan sebanyak mungkin senjata tradisional dari negara yang pernah dilawatinya di seluruh dunia.

Pada 4 Disember 2019 yang lalu, seorang lelaki berwarganegara Hong Kong telah mengunjungi Kris Gallery Kuala Lumpur yang turut dikenali sebagai Galeri Warisan Nusantara yang terletak berdekatan dengan UIAM Gombak.

PUAS CARI GERAI YANG MENJUAL KERIS TAK JUMPA-JUMPA!

Beliau berkunjung bersama dengan dua orang lagi rakannya telah berkongsi pengalaman tentang pengembaraan mereka di Malaysia demi mencari keris untuk dibawa pulang ke negara sendiri.

Puas mencari kedai koleksi keris sekitar Kuala Lumpur, namun hasilnya hampa tidak membuahkan hasil. Tidak pula mereka menyangka akan terjumpa galeri keris kami yang sebesar ini!

“Kenapa tak iklankan betul-betul?”

AKHIRNYA BELI DUA BILAH KERIS

Dalam lebih kurang sejam lawatannya ke galeri, beliau telah memilih keris Pekaka, sejenis keris Tajong Patani dan yang kedua ialah keris Jawa yang telah diperbuat daripada kayu Kemuning. Dengan aksi beliau yang ceria ini, anda pasti dapat meneka bagaimana gembiranya beliau setelah berjumpa dengan keris idamannya.

NASIHAT BUAT KREW WARISAN NUSANTARA

Beliau serta dua orang rakan-rakannya lagi berharap agar galeri ini dikunjungi lebih ramai pelancong asing kerana mereka amat menghargai nilai kehalusan seni pembuatan keris yang sangat unik dan penuh makna. Antara cadangan mereka adalah mewar-warkannya di Internet dan memasang papan tanda bagi memudahkan urusan para pelancong asing untuk datang ke sini.

Kami gembira mendengar nasihat itu. Terima kasih dan sila datang lagi!